30 Mar 2014

Petua alat memasak tak rosak

Teks : husna bakar
Sumber : harian metro

Memiliki dapur dengan peralatan memasak yang lengkap tentunya menjadi idaman setiap wanita yang bergelar ibu di rumah. Tidak kira diperbuat daripada kayu, plastik mahu pun aluminium, peralatan dapur itu perlu dijaga dengan teliti bagi memanjangkan tempoh penggunaannya.
Ini kerana sisa kotoran, lemak atau lebihan makanan yang tertinggal dan tidak dicuci bersih boleh merosakkan peralatan berkenaan. Sisa bahan masakan yang melekat pada peralatan dapur juga boleh menjadi sarang kepada pembiakan bakteria atau kulat dan dikhuatiri ia boleh menyebabkan berlakunya keracunan makanan.
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh diikuti supaya peralatan dapur sentiasa bersih dan baru !

1. Peralatan dapur ­berasaskan kayu
Peralatan seperti senduk sup dan alatan menumis biasanya diperbuat daripada kayu. Untuk memastikan peralatan daripada kayu tahan lebih lama atau bebas daripada sisa potongan daging, anda boleh menyapukan dengan beberapa titik minyak sebelum digunakan.

Bagi mengelak peralatan berkenaan daripada berbau makanan, rendamkan ia seketika dengan air yang mengandungi campuran sedikit cuka.

Sebaik saja selesai menggunakan peralatan berkenaan, segera bersihkan permukaannya dengan sabun dan kemudian bilas di bawah air mengalir. Seeloknya, biarkan ia kering sebelum menyimpannya.


2. Peralatan dapur berasakan plastik

Peralatan dapur yang diperbuat daripada plastik seperti pinggan untuk kanak-kanak paling mudah berminyak dan susah untuk dibersihkan.

Ada yang menggunakan petua merendam seketika dalam air campuran serbuk penaik dan ada juga menggunakan limau nipis sebagai bahan pencuci sampingan.

Namun, bagi memudahkan ia dibersihkan, peralatan plastik juga elok jika direndam dengan air yang dicampur sedikit serbuk penaik.

Rendam selama 10 minit dan cuci menggunakan sabun serta span yang lembut. Kemudian bilas dengan air bersih dan pasti hasilnya membuat anda tersenyum.


3. Peralatan dapur ­berasaskan aluminium

Jika peralatan dapur aluminium anda sudah bertukar hitam, cara terbaik untuk mencucinya adalah menggunakan air dan krim tartar.

Jerang satu liter hingga mendidih dan campurkan sedikit krim tartar.

Kemudian, masukkan peralatan aluminium berkenaan selama 10 minit sebelum menggosok dan mencucinya seperti biasa.

Bagi memastikan keadaan luarannya kekal cantik tanpa sebarang cela, segera keringkan air setiap kali selepas mencuci.

Ini kerana air yang tidak dikeringkan dengan sempurna akan meruap pada permukaan peralatan dan kemudian meninggalkan kesan yang tidak diingini.


Doa ringkas ketika anak tidur

Teks : husna bakar

Melihat anak-anak sedang nyenyak tidur merupakan momen yang paling syahdu bagi saya dan kembali mengingatkan saya  bahawa mereka adalah amanah Allah yang perlu dididik sebaiknya mengikut cara didikan Islam . Namun, zaman sekarang cabaran mendidik anak begitu sukar dan ibubapa perlukan ilmu didikan Islami yang betul agar kita tidak tercampuradukkan dengan cara barat. Oleh itu setiap kali mereka tidur siang@malam saya akan membaca ayat kursi dan tiup diubun-ubun mereka dengan harapan agar Allah sentiasa memelihara mereka dari anasir-anasir jahat dan gangguan syaitan.
nyenyaknya anak mama tido...ATHIYYAH MUNIHAH

wanita adalah doktor rumahtangga....

teks: husna bakar

teruja tengok tajuk akhbar sinar harian beberapa hari lepas iaitu " wanita adalah doktor rumahtangga", hebatkan? , doktor di dapur..hehe. penyakit semuanya bermula dari perut (makanan). ya la para ibu  yang menentukan menu apa yang nak makan hari ni, ayam? ikan? goreng? rebus? bakar?, pastu pula garam gula berapa sudu? ada perasa tok ajinomoto tak?. Kalau untuk baby yang dah mula makan bubur  nasi tu, setiap hari ibu dok fikir nak buat bubur nasi apa hari ni? segala jenis sayur dicuba, hari ni nasi+ karot, esok nasi+ kentang, pastu bubur +brakoli, dan macam-macam lagi. Apapun yang penting menunya mestilah halal, bersih, sihat dan adisertai dengan hati yang ikhlas seorang ibu!, barulah ada barakah !

kek pisang kukus mudah & sedap

Teks : husna bakar


Alhamdulillah hari ni sempat menyediakan kek pisang kukus yang mudah dan sedap. Semua ahli keluarga saya suka dan paling seronok si kakak yang susah nak makan tu pun suka, habis satu potong cakap “nak lagi mama, nak lagi! “, seronokkan. Jom kongsi resepi..

Bahan-bahan:
5 biji pisang berangan (kalau pisang mas 7 biji)
2 cawan tepung
3 biji telur
¾ cawan gula
¾ cawan minyak (sawit@jagung)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
Sedikit garam

Cara-cara:
1)      lenyek pisang sehingga hancur
2)      masukkan telur dan gula, kacau sehingga sebati
3)      dalam bekas yang lain, ayak tepung +soda bikarbonat+serbuk penaik
4)      masukkan tepung yang diayak ke dalam bekas pisang tadi
5)      masukkan garam, kacau sebati
6)      masukkan minyak
7)      kemudian  kukus 30-40 minit

okey, inilah hasilnya…cubalah!
maaf ya..gambar dalam pelengat ja..

E-KIOSK VITAMIN SIHAT Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign