Hari ini 2 Ramadhan. Petikan dari buku "hikmah bulan ramadhan", ketika memasuki bulan Ramadhan, Rasulullah melakukan perkara-perkara berikut :
# memperbanyakkan amal kebajikan
# baginda bersedekah
# melakukan perkara-perkara baik
# baginda senyum apabila bertemu kaum muslimin
# menyambung sillaturrahim
# mengunjungi saudara-saudaranya
# bersikap lemah lembut
# memberi dan berkorban
Semoga kita diberi kekuatan untuk mengikut Rasulullah. Beramal dan terus beramal. Sahal inb Sa'ad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
" di syurga ada satu pintu yang diberi nama dengan pintu ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk pintu syurga melalui pintu itu. Jika mereka telah masuk, pintu itu akan ditutup kembali, sehingga tidak ada orang lain selain mereka yang masuk ke syurga melalui pintu itu."
(HR Al-Bukhari dan Muslim)
Kedai serbaneka keluarga muslim www.husnashop2u.com