28 Nov 2015

KHASIAT AIR KELAPA MUDA UNTUK IBU HAMIL

Teks : Husna bakar



Alhamdulillah sudah masuk kandungan trimester ketiga, tekak automatik jadi dahaga air kelapa @ ayaq nyoq selalu..hihi. Selalu beli yang sebiji harga dalam RM3.00 - RM3.50 ikut saiz, tanpa air gula dan masukkan ais ketul sikit sahaja. Ais kena juga sebab selalu beli waktu tengahari cuaca panas, ada ais baru segar sikit...kan??

Orang-orang tua selalu pesan ibu hamil yang rajin mengambil air kelapa terutama pada trimester ketiga kehamilan cecair ketuban akan menjadi lebih bersih dan bayi yang lahir nantinya akan mempunyai kulit kepala bersih, rambut lebat dan mata yang indah, betul tak???
Saya tak pasti tapi pengalaman anak yang dulu memang alhamdulillah tiada masalah kulit kepala berkerak semasa berpantang yang kebanyakan bayi baru lahir alami.

 Jadi hari ini jom kita tengok apa khasiat air kelapa muda untuk ibu hamil :

1. Air Kelapa Muda Kaya dengan Kandungan Elektrolit

Air kelapa muda kaya dengan kandungan kalsium, kalium, elektrolit, klorida, magnesium, riboflavin, dan juga sodium. Ia juga bertindak sebagai isotonik semulajadi yang kaya dengan mineral dan mempunyai elektrolit cecair yang sama dengan kandungan cecair di dalam tubuh. Dengan itu, air kelapa sangat berguna untuk mengelakkan dehidrasi dan sangat cepat untuk memulihkan stamina.

Kenapa ia baik untuk ibu hamil? Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain yang berada dalam keadaan normal. Dehidrasi selama kehamilan akan menyebabkan masalah kesihatan diantaranya sakit kepala, edema, kejang, bahkan dapat mengurangkan penguncupan yang mengakibatkan persalinan pramatang .

2. Mempunyai Diuretik Semulajadi

Air kelapa juga mengandungi kandungan diuretik yang steril dan semulajadi, air kelapa muda terbukti melancarkan proses pembuangan air kencing dan membantu membersihkan saluran kencing. Dengan meminum air kelapa muda ia dapat mengeluarkan racun yang dihasilkan tubuh dan mencegah jangkitan pada saluran kencing yang biasa berlaku pada ibu hamil.

3. Sebagai Anti Penyakit

Air kelapa muda mengandungi asam laurik, sejenis asid yang boleh membantu melawan pelbagai penyakit. Asid laurik yang terdapat dalam air kelapa sama dengan  dalam susu ibu dan mempunyai persamaan ciri-ciri sebagai antikulat, antibakteria dan antivirus, dan dapat menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus berbahaya seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia bahkan boleh mengelakkan bakteria dan klamidia heliokobater.

4. Membantu Pencernaan Semasa Mengandung

Air kelapa juga terbukti meningkatkan fungsi pencernaan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Selama kehamilan, plasenta akan menghasilkan jenis hormon yang disebut progesteron, yang boleh melambatkan dan penguncupan otot pencernaan dengan perlahan. Dan air kelapa terbukti dapat membantu meningkatkan kelajuan proses pencernaan.

5. Boleh Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandungi sedikit lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dan penyelidikan para saintis, air kelapa boleh meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam badan.

Jom para ibu hamil minum air kelapa muda!! Banyak khasiatnya kan?? Dah la sedap..hihi.


SEDANG MENCARI SET HAMIL & BERPANTANG YANG TERBAIK???
JOM SEMBANG-SEMBANG DENGAN K.HUSNA YA ^-^
SMS@WA 0194371301

21 Nov 2015

TANDA KEKURANGAN VITAMIN C

Teks : Husna Bakar
Assalamualaikum...Jom hari ni kita semak, adakah tubuh kita kurang Vitamin C ???

Berikut adalah tanda-tanda @ simptom kekurangan Vitamin C :

1) Mudah tertekan / stress

2) Sering letih / lemah

3) Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik. Tapak kaki keras dan kasar

4) Luka lambat sembuh

5) Mudah selsema / bersin

6) Wajah nampak tua dari usia (vitamin c penting untuk penghasilan kolagen)

7) Mudah dapat ulser mulut

8) Mudah demam / antibodi tak kuat

9) Gusi kerap berdarah

10) Salur darah mengecil

11) Sakit sendi

12) Tanda lebam pada badan( orang selalu cakap kena gigit hantu)

13) Weight loss(bukan kurus tapi kurus yang tak sihat, lemah tak bermaya)

Sekiranya ada tanda @ simptom diatas, perlulah kita berusaha untuk cukupkan keperluan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan. Vitamin C tak dihasilkan oleh tubuh sebaliknya perlu diambil dalam diet seharian. Cara yang paling mudah ialah dengan pengambilan supplemen Vitamin C dalam diet seharian. Faktor kesibukan bekerja dan tugas harian dan cara memasak membuatkan kita sering tak cukup pengambilan Vitamin C. Oleh itu saya katakan cara yang paling mudah ialah dengan pengambilan supplemen dan saya cadangkan SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS yang begitu banyak keistimewaannya dan agak lain dari kebanyakan di pasaran. Nanti k.na akan kongsikan keistimewaanya ya.

INGIN DAPATKAN SHAKLEE HARGA JIMAT DENGAN KONSULTANSI PERCUMA??
HUBUNGI K.NA YA...KITA SEMBANG-SEMBANG VITAMIN...

SMS@WHATSAPP 0194371301
HUSNA BAKAR
SID:1171235
RAKANSHAKLEEANDA


18 Nov 2015

SET IBU HAMIL SIHAT & CERGAS

Teks : husna bakar

Assalamualaikum & selamat sejahtera...


Tahniah buat ibu-ibu yang sedang hamil, anda bakal melahirkan seorang khalifah yang soleh & solehah, insyaALLAH. Memandangkan saya pun sedang hamil 28 minggu, saya ingin berkongsi tentang SET HAMIL SHAKLEE yang saya amalkan & rasai kebaikannya. Untuk  kali ni ialah SET HAMIL BAJET @ MAMPU MILIK. Pelaburan berbaloi-baloi dengan manfaatnya, insyaALLAH.

CABARAN LAZIM SEORANG IBU HAMIL 

Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali Mengandung. Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal. Antaranya ialah ;

  • Alahan Teruk
  • Morning Sickness
  • Tak boleh makan atau tiada selera makan
  • Muntah dan Loya
  • Anemia – Berbahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin.
  • Keletihan dn rasa malas
  • Mood swing

Lazim bagi ibu hamil mengalami simptom kehamilan di atas yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti rutin harian. Namun jangan bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja dan dapat diatasi dengan mendapatkan nutrisi yang diperlukan secara lengkap di samping rehat yang mencukupi dan sokongan suami dan keluarga. Sekarang jom kita berkenalan dengan SET HAMIL yang menyediakan nutrisi yang lengkap untuk ibu.
KEBAIKAN SET HAMIL SHAKLEE

juga dikenali sebagai  SET IBU HAMIL BAJET

1) Vita-lea Iron formula (multivitamin)
  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mengalami anemia, mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
  • zat besi yang mencukupi mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang

2) B-Complex
  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. 
  • 400 mcg harian sebelumkonsepsi & awal kehamilan dapat mengurangkan sehingga 70% risiko kecacatan tiub neuron bayi yang bakal dilahirkan

3) Vita-C ( sustained release)
  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan :(
4) OsteMatrix
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
  • Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan tulang, gigi fetus  akan diserap dari kalsium yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Apabila ibu tidak cukup kalsium, maka si ibu tadi akan mengalami kejang-kejang kaki dan urat, lenguh-lenguh badan, sakit gigi & mudah letih. 
  • mengelakkan sembelit, masalah yang sering dialami ibu hamil & berpantang.
  • memang banyak sangat manfaat yang bakal ibu & bayi perolehi dengan SET HAMIL ini, jadi rugi kalau para ibu hamil tak mengambilnya sepanjang tempoh kehamilan. 
     Saya alhamdulillah memang sangat serasi dengan vitamin ini semua dan kesan yang paling saya rasai ialah tiada lagi kejang-kejang urat @ kaki sepanjang kehamilan kali ini walaupun cuaca sejuk!!, masalah sembelit@ tak lawas pun selesai!!.

    JOM SAMA-SAMA KITA RASAI KELEBIHANNYA, HAMIL DENGAN SIHAT , CERGAS & CERIA !!
    NAK HARGA LEBIH JIMAT??
    NAK KONSULTANSI PERCUMA ??

    HUBUNGI K.HUSNA YA..
    SMS @ WHATSAPP 0194371301 (fast reply)
    EMAIL ummusulha85@gmail.com









    E-KIOSK VITAMIN SIHAT Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign