20 Dec 2014

SET SENDI

Teks : husnabakar

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah kita semua  masih dapat menghirup udara segar pagi ni...baru lepas hujan..hmm sejukkk..
okey, hari ni saya nak kongsi tentang penawar untuk sakit-sakit sendi, sakit lutut, lenguh-lenguh dan seangkatan dengannya.

Umi saya (mak) mula sakit lutut bila mula menginjak usia 60-an. macam-macam maajun sakit urat yang beliau beli, tapi tak berkesan sangat. Saya pun risau jugak pasal maajun ni sebab dok baca banyak kat paper ada yang mengandungi steroid, memang bahaya amalkan. Pastu saya carilah supplement yang selamat dan berkesan untuk sakit lutut.  Alhamdulillah saya ditemukan dengan set sendi Shaklee ni, saya belikan untuk umi dan beliau amalkan. Sakit lutut berkurangan dan dapat beribadah dengan lebih cergas dan sihat.

Siapa yang ada mak ayah sakit lutut @ lenguh-lenguh juga tu, memang saya syorkan ambil set ni..ada jugak depa pangil set ni SET SAYANG MAK AYAH..boleh jugak no..hihi .

Jom hadiahkan pada mereka....

nak bertanya?
berminat dengan produk Shaklee?
hubungi husna ya...0194371301 (sms@whatsapp@telegram)


18 Dec 2014

SET RESDUNG

Teks : husnabakar

 Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsi tentang set resdung Shaklee yang saaangat bagus. Set resdung terdiri daripada ALFAFA COMPLEX + VITA-C SUSTAINED RELEASE + VITAMIN B COMPLEX.


bagaimana ketiga-tiga vitamin ni bertindak untuk merawar resdung??
jom kita tengok...

yang pasti set resdung ni bertindak secara SELAMAT...dan pastinya lebih baik dari anti-histamin LORATADINE yang kita selalu beli kat farmasi tu...

saya dulu masa kat u, loratadine memang sentiasa ada dalam simpanan, bersin sakit kepala selasema ja telan loratadine, tidoq sat lepas tu ok la tapi sa,pai bila nak ambil drug kan??walaupun ia halal..

tapi alhamdulillah sejak amal SET RESDUNG SHAKLEE ni saya dah bebas bersin2, selsema yang kerap!! makan sotong udang pun steady ja ....thanks ALLAH for the awesome vitamins...

jom cuba..saangat berbaloi..nanti saya kongsikan testimoni set resdung yang lain ya..ni testi saya sendiri..

okey...wassalam.



29 Jun 2014

HIKMAH RAMADHAN

Teks: husnabakar

Hari ini 2 Ramadhan. Petikan dari buku "hikmah bulan ramadhan", ketika memasuki bulan Ramadhan, Rasulullah melakukan perkara-perkara berikut :
# memperbanyakkan amal kebajikan
# baginda bersedekah
# melakukan perkara-perkara baik
# baginda senyum apabila bertemu kaum muslimin
# menyambung sillaturrahim
# mengunjungi saudara-saudaranya
# bersikap lemah lembut
# memberi dan berkorban

Semoga kita diberi kekuatan untuk mengikut Rasulullah. Beramal dan terus beramal. Sahal inb Sa'ad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

" di syurga ada satu pintu yang diberi nama dengan pintu  ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk pintu syurga melalui pintu itu. Jika mereka telah masuk, pintu itu akan ditutup kembali, sehingga tidak ada orang lain selain mereka yang masuk ke syurga melalui pintu itu."
                                                                                                         (HR Al-Bukhari dan Muslim)


Kedai serbaneka keluarga muslim www.husnashop2u.com

28 Jun 2014

HIKMAH RAMADHAN

Teks : husnabakar

Alhamdulillah masih dapat menghirup udara segar di pagi 1 Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini penuh makna , dapat memperbaiki diri supaya lebih akrab dengan Allah dan intim dengan manusia. Petikan dari buku "Hikmah Ramadhan", berikut adalah beberapa hikmah Ramadhan disyariatkan :

# melemahkan hawa nafsu yang mendorong kejahatan @ maksiat
# menjadi madrasah mendidik jiwa, menyucikan hati, menahan pandangan, dan menjaga anggota badan
# mengingatkan nasib saudara sesama muslimin yang berada dalam kelaparan dan sangat memerlukan
# mendekatkan seseorang dengan ketakwaan Allah.

Buang segala yang negatif dan sifat buruk dalam diri, suburkan dengan perkara yang positif dan baik, insyaallah berkat Ramadhan, kita boleh berubah dan terus istiqamah. ameen,


Kedai serbaneka keluarga muslim www.husnashop2u.com.

22 Jun 2014

TELEKUNG UMRAH

Alhamdulillah, dah siap telekung homemade yang ditempah pelanggan untuk mengerjakan umrah. Seorang ja order 5 helai semua tapi renda kaler lain-lain. Telekung homemade ini memang sesuai sangat untuk umrah & haji. Kainnya jenis JC berkualiti yang tebal tapi tak panas. Mukanya pun dah siap bergetah, insyaallah rambut tak mudah keluar dan senang & cepat dipakai.Lagi yang best, rendanya yang berwarna-warni memberi kelainan dan mungkin juga sebagai suntikan mood ceria untuk beribadah !!. Sesiapa yang nak pi umrah@haji tu memang saya syorkan telekung ni, memang berbaloi. Satu lagi, kainnya lagi kita basuh, lagi lembut jadinya. Nak beli hadiahkan untuk mak@ tok @ jiran@ kawan yang nak pi umrah@haji memang berbaloi. harganya pun murah ja, RM 90 sepasang, harga kasih-sayang..hehe..kos penghantaran RM 7.
HUBUNGI SAYA JIKA BERMINAT : SMS?WHATSAPP  0194371301.....

7 May 2014

Bubur nasi kurma

Teks : husna bakar

Alhamdulillah, hari ni sudah hari ketiga adik athiyyah makan bubur nasi, berselera sungguh dia!. Sebelum ni nasi kosong ja, sebab nak test penerimaan sistem penghadaman dia dulu. alhamdulillah tak sembelit, buang air besar ok ja. Jadi hari ni boleh la mama tambah perisa. Saya suka mulakan dengan kurma, ya kurmakan makanan sunnah dan banyak khasiatnya. Berkat makanan sunnah, anak mama cerdas & cergas insyaallah. Kakak dulu pun saya mulakan dengan campur kurma. Tapi peringatan jangan lupa buang kulitnya sebab nanti macan berhampas dan mudah lekat tapi kalau kurma yang betul-betul basah dan lembut rasanya ok, tak payah buang kulit. Okey, dah siap bubur nasi kurma special untuk athiyyah !!!



12 Apr 2014

TELEKUNG HOMEMADE

Assalamualaikum semua. Disini saya ingin memperkenalkan telekung solat homemade yang pastinya anggun & selesa. Apa keistimewaan telekung ni?
   
         1) Diperbuat daripada kain JC berkualiti. Tidak  
             melekap ditubuh seperti lycra
         2) Tidak panas
         3) Rekaan kepala yang kemas. Tidak perlu lagi pakai  
              anak telekung
         4) Tidak jarang. Dijahit dua lapis sehingga paras dada.
         5) Renda berkualiti dengan pelbagai pilihan warna 
             menarik. Dihias di kepala dan tepi telekung.
         6) Pinggang kain bergetah dan bertali. Boleh dilaras 
             ikut keselesaan. 
         7) Harga mampu milik. Pelaburan yang berbaloi demi               keselesaan beribadah!

TH02 PUTIH
TH01 HIJAU
TH01 HIJAU
TH03 PINK
TH03 PINK
TH04 BIRU


TH05 UNGU


                                                 DEWASA : RM90
                                    KANAK-KANAK : RM60

Cantik tak? yang pastinya memang kemas dan selesa. Anda harus memilikinya sekarang !. Telekung ini juga sangat sesuai dijadikan hadiah untuk seseorang yang istimewa dalam hidup anda ! Jadikan sebagai hadiah hari lahir ibu @ isteri @anak perempuan anda dan juga sesuai sebagai hadiah hantaran pertunangan.
Jom milikinya sekarang, tel@sms@whatsapp ke 0194371301

'wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap memasuki masjid, makan dan minumlah tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan'  Surah Al-a'raf ayat 31

30 Mar 2014

Petua alat memasak tak rosak

Teks : husna bakar
Sumber : harian metro

Memiliki dapur dengan peralatan memasak yang lengkap tentunya menjadi idaman setiap wanita yang bergelar ibu di rumah. Tidak kira diperbuat daripada kayu, plastik mahu pun aluminium, peralatan dapur itu perlu dijaga dengan teliti bagi memanjangkan tempoh penggunaannya.
Ini kerana sisa kotoran, lemak atau lebihan makanan yang tertinggal dan tidak dicuci bersih boleh merosakkan peralatan berkenaan. Sisa bahan masakan yang melekat pada peralatan dapur juga boleh menjadi sarang kepada pembiakan bakteria atau kulat dan dikhuatiri ia boleh menyebabkan berlakunya keracunan makanan.
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh diikuti supaya peralatan dapur sentiasa bersih dan baru !

1. Peralatan dapur ­berasaskan kayu
Peralatan seperti senduk sup dan alatan menumis biasanya diperbuat daripada kayu. Untuk memastikan peralatan daripada kayu tahan lebih lama atau bebas daripada sisa potongan daging, anda boleh menyapukan dengan beberapa titik minyak sebelum digunakan.

Bagi mengelak peralatan berkenaan daripada berbau makanan, rendamkan ia seketika dengan air yang mengandungi campuran sedikit cuka.

Sebaik saja selesai menggunakan peralatan berkenaan, segera bersihkan permukaannya dengan sabun dan kemudian bilas di bawah air mengalir. Seeloknya, biarkan ia kering sebelum menyimpannya.


2. Peralatan dapur berasakan plastik

Peralatan dapur yang diperbuat daripada plastik seperti pinggan untuk kanak-kanak paling mudah berminyak dan susah untuk dibersihkan.

Ada yang menggunakan petua merendam seketika dalam air campuran serbuk penaik dan ada juga menggunakan limau nipis sebagai bahan pencuci sampingan.

Namun, bagi memudahkan ia dibersihkan, peralatan plastik juga elok jika direndam dengan air yang dicampur sedikit serbuk penaik.

Rendam selama 10 minit dan cuci menggunakan sabun serta span yang lembut. Kemudian bilas dengan air bersih dan pasti hasilnya membuat anda tersenyum.


3. Peralatan dapur ­berasaskan aluminium

Jika peralatan dapur aluminium anda sudah bertukar hitam, cara terbaik untuk mencucinya adalah menggunakan air dan krim tartar.

Jerang satu liter hingga mendidih dan campurkan sedikit krim tartar.

Kemudian, masukkan peralatan aluminium berkenaan selama 10 minit sebelum menggosok dan mencucinya seperti biasa.

Bagi memastikan keadaan luarannya kekal cantik tanpa sebarang cela, segera keringkan air setiap kali selepas mencuci.

Ini kerana air yang tidak dikeringkan dengan sempurna akan meruap pada permukaan peralatan dan kemudian meninggalkan kesan yang tidak diingini.


Doa ringkas ketika anak tidur

Teks : husna bakar

Melihat anak-anak sedang nyenyak tidur merupakan momen yang paling syahdu bagi saya dan kembali mengingatkan saya  bahawa mereka adalah amanah Allah yang perlu dididik sebaiknya mengikut cara didikan Islam . Namun, zaman sekarang cabaran mendidik anak begitu sukar dan ibubapa perlukan ilmu didikan Islami yang betul agar kita tidak tercampuradukkan dengan cara barat. Oleh itu setiap kali mereka tidur siang@malam saya akan membaca ayat kursi dan tiup diubun-ubun mereka dengan harapan agar Allah sentiasa memelihara mereka dari anasir-anasir jahat dan gangguan syaitan.
nyenyaknya anak mama tido...ATHIYYAH MUNIHAH

wanita adalah doktor rumahtangga....

teks: husna bakar

teruja tengok tajuk akhbar sinar harian beberapa hari lepas iaitu " wanita adalah doktor rumahtangga", hebatkan? , doktor di dapur..hehe. penyakit semuanya bermula dari perut (makanan). ya la para ibu  yang menentukan menu apa yang nak makan hari ni, ayam? ikan? goreng? rebus? bakar?, pastu pula garam gula berapa sudu? ada perasa tok ajinomoto tak?. Kalau untuk baby yang dah mula makan bubur  nasi tu, setiap hari ibu dok fikir nak buat bubur nasi apa hari ni? segala jenis sayur dicuba, hari ni nasi+ karot, esok nasi+ kentang, pastu bubur +brakoli, dan macam-macam lagi. Apapun yang penting menunya mestilah halal, bersih, sihat dan adisertai dengan hati yang ikhlas seorang ibu!, barulah ada barakah !

kek pisang kukus mudah & sedap

Teks : husna bakar


Alhamdulillah hari ni sempat menyediakan kek pisang kukus yang mudah dan sedap. Semua ahli keluarga saya suka dan paling seronok si kakak yang susah nak makan tu pun suka, habis satu potong cakap “nak lagi mama, nak lagi! “, seronokkan. Jom kongsi resepi..

Bahan-bahan:
5 biji pisang berangan (kalau pisang mas 7 biji)
2 cawan tepung
3 biji telur
¾ cawan gula
¾ cawan minyak (sawit@jagung)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
Sedikit garam

Cara-cara:
1)      lenyek pisang sehingga hancur
2)      masukkan telur dan gula, kacau sehingga sebati
3)      dalam bekas yang lain, ayak tepung +soda bikarbonat+serbuk penaik
4)      masukkan tepung yang diayak ke dalam bekas pisang tadi
5)      masukkan garam, kacau sebati
6)      masukkan minyak
7)      kemudian  kukus 30-40 minit

okey, inilah hasilnya…cubalah!
maaf ya..gambar dalam pelengat ja..

E-KIOSK VITAMIN SIHAT Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign