28 Nov 2015

KHASIAT AIR KELAPA MUDA UNTUK IBU HAMIL

Teks : Husna bakar



Alhamdulillah sudah masuk kandungan trimester ketiga, tekak automatik jadi dahaga air kelapa @ ayaq nyoq selalu..hihi. Selalu beli yang sebiji harga dalam RM3.00 - RM3.50 ikut saiz, tanpa air gula dan masukkan ais ketul sikit sahaja. Ais kena juga sebab selalu beli waktu tengahari cuaca panas, ada ais baru segar sikit...kan??

Orang-orang tua selalu pesan ibu hamil yang rajin mengambil air kelapa terutama pada trimester ketiga kehamilan cecair ketuban akan menjadi lebih bersih dan bayi yang lahir nantinya akan mempunyai kulit kepala bersih, rambut lebat dan mata yang indah, betul tak???
Saya tak pasti tapi pengalaman anak yang dulu memang alhamdulillah tiada masalah kulit kepala berkerak semasa berpantang yang kebanyakan bayi baru lahir alami.

 Jadi hari ini jom kita tengok apa khasiat air kelapa muda untuk ibu hamil :

1. Air Kelapa Muda Kaya dengan Kandungan Elektrolit

Air kelapa muda kaya dengan kandungan kalsium, kalium, elektrolit, klorida, magnesium, riboflavin, dan juga sodium. Ia juga bertindak sebagai isotonik semulajadi yang kaya dengan mineral dan mempunyai elektrolit cecair yang sama dengan kandungan cecair di dalam tubuh. Dengan itu, air kelapa sangat berguna untuk mengelakkan dehidrasi dan sangat cepat untuk memulihkan stamina.

Kenapa ia baik untuk ibu hamil? Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain yang berada dalam keadaan normal. Dehidrasi selama kehamilan akan menyebabkan masalah kesihatan diantaranya sakit kepala, edema, kejang, bahkan dapat mengurangkan penguncupan yang mengakibatkan persalinan pramatang .

2. Mempunyai Diuretik Semulajadi

Air kelapa juga mengandungi kandungan diuretik yang steril dan semulajadi, air kelapa muda terbukti melancarkan proses pembuangan air kencing dan membantu membersihkan saluran kencing. Dengan meminum air kelapa muda ia dapat mengeluarkan racun yang dihasilkan tubuh dan mencegah jangkitan pada saluran kencing yang biasa berlaku pada ibu hamil.

3. Sebagai Anti Penyakit

Air kelapa muda mengandungi asam laurik, sejenis asid yang boleh membantu melawan pelbagai penyakit. Asid laurik yang terdapat dalam air kelapa sama dengan  dalam susu ibu dan mempunyai persamaan ciri-ciri sebagai antikulat, antibakteria dan antivirus, dan dapat menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus berbahaya seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia bahkan boleh mengelakkan bakteria dan klamidia heliokobater.

4. Membantu Pencernaan Semasa Mengandung

Air kelapa juga terbukti meningkatkan fungsi pencernaan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Selama kehamilan, plasenta akan menghasilkan jenis hormon yang disebut progesteron, yang boleh melambatkan dan penguncupan otot pencernaan dengan perlahan. Dan air kelapa terbukti dapat membantu meningkatkan kelajuan proses pencernaan.

5. Boleh Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandungi sedikit lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dan penyelidikan para saintis, air kelapa boleh meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam badan.

Jom para ibu hamil minum air kelapa muda!! Banyak khasiatnya kan?? Dah la sedap..hihi.


SEDANG MENCARI SET HAMIL & BERPANTANG YANG TERBAIK???
JOM SEMBANG-SEMBANG DENGAN K.HUSNA YA ^-^
SMS@WA 0194371301

21 Nov 2015

TANDA KEKURANGAN VITAMIN C

Teks : Husna Bakar
Assalamualaikum...Jom hari ni kita semak, adakah tubuh kita kurang Vitamin C ???

Berikut adalah tanda-tanda @ simptom kekurangan Vitamin C :

1) Mudah tertekan / stress

2) Sering letih / lemah

3) Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik. Tapak kaki keras dan kasar

4) Luka lambat sembuh

5) Mudah selsema / bersin

6) Wajah nampak tua dari usia (vitamin c penting untuk penghasilan kolagen)

7) Mudah dapat ulser mulut

8) Mudah demam / antibodi tak kuat

9) Gusi kerap berdarah

10) Salur darah mengecil

11) Sakit sendi

12) Tanda lebam pada badan( orang selalu cakap kena gigit hantu)

13) Weight loss(bukan kurus tapi kurus yang tak sihat, lemah tak bermaya)

Sekiranya ada tanda @ simptom diatas, perlulah kita berusaha untuk cukupkan keperluan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan. Vitamin C tak dihasilkan oleh tubuh sebaliknya perlu diambil dalam diet seharian. Cara yang paling mudah ialah dengan pengambilan supplemen Vitamin C dalam diet seharian. Faktor kesibukan bekerja dan tugas harian dan cara memasak membuatkan kita sering tak cukup pengambilan Vitamin C. Oleh itu saya katakan cara yang paling mudah ialah dengan pengambilan supplemen dan saya cadangkan SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS yang begitu banyak keistimewaannya dan agak lain dari kebanyakan di pasaran. Nanti k.na akan kongsikan keistimewaanya ya.

INGIN DAPATKAN SHAKLEE HARGA JIMAT DENGAN KONSULTANSI PERCUMA??
HUBUNGI K.NA YA...KITA SEMBANG-SEMBANG VITAMIN...

SMS@WHATSAPP 0194371301
HUSNA BAKAR
SID:1171235
RAKANSHAKLEEANDA


18 Nov 2015

SET IBU HAMIL SIHAT & CERGAS

Teks : husna bakar

Assalamualaikum & selamat sejahtera...


Tahniah buat ibu-ibu yang sedang hamil, anda bakal melahirkan seorang khalifah yang soleh & solehah, insyaALLAH. Memandangkan saya pun sedang hamil 28 minggu, saya ingin berkongsi tentang SET HAMIL SHAKLEE yang saya amalkan & rasai kebaikannya. Untuk  kali ni ialah SET HAMIL BAJET @ MAMPU MILIK. Pelaburan berbaloi-baloi dengan manfaatnya, insyaALLAH.

CABARAN LAZIM SEORANG IBU HAMIL 

Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali Mengandung. Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal. Antaranya ialah ;

  • Alahan Teruk
  • Morning Sickness
  • Tak boleh makan atau tiada selera makan
  • Muntah dan Loya
  • Anemia – Berbahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin.
  • Keletihan dn rasa malas
  • Mood swing

Lazim bagi ibu hamil mengalami simptom kehamilan di atas yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti rutin harian. Namun jangan bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja dan dapat diatasi dengan mendapatkan nutrisi yang diperlukan secara lengkap di samping rehat yang mencukupi dan sokongan suami dan keluarga. Sekarang jom kita berkenalan dengan SET HAMIL yang menyediakan nutrisi yang lengkap untuk ibu.
KEBAIKAN SET HAMIL SHAKLEE

juga dikenali sebagai  SET IBU HAMIL BAJET

1) Vita-lea Iron formula (multivitamin)
  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mengalami anemia, mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
  • zat besi yang mencukupi mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang

2) B-Complex
  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. 
  • 400 mcg harian sebelumkonsepsi & awal kehamilan dapat mengurangkan sehingga 70% risiko kecacatan tiub neuron bayi yang bakal dilahirkan

3) Vita-C ( sustained release)
  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan :(
4) OsteMatrix
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
  • Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan tulang, gigi fetus  akan diserap dari kalsium yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Apabila ibu tidak cukup kalsium, maka si ibu tadi akan mengalami kejang-kejang kaki dan urat, lenguh-lenguh badan, sakit gigi & mudah letih. 
  • mengelakkan sembelit, masalah yang sering dialami ibu hamil & berpantang.
  • memang banyak sangat manfaat yang bakal ibu & bayi perolehi dengan SET HAMIL ini, jadi rugi kalau para ibu hamil tak mengambilnya sepanjang tempoh kehamilan. 
     Saya alhamdulillah memang sangat serasi dengan vitamin ini semua dan kesan yang paling saya rasai ialah tiada lagi kejang-kejang urat @ kaki sepanjang kehamilan kali ini walaupun cuaca sejuk!!, masalah sembelit@ tak lawas pun selesai!!.

    JOM SAMA-SAMA KITA RASAI KELEBIHANNYA, HAMIL DENGAN SIHAT , CERGAS & CERIA !!
    NAK HARGA LEBIH JIMAT??
    NAK KONSULTANSI PERCUMA ??

    HUBUNGI K.HUSNA YA..
    SMS @ WHATSAPP 0194371301 (fast reply)
    EMAIL ummusulha85@gmail.com









    27 Apr 2015

    MANFAAT MINYAK IKAN UNTUK SEMUA

    Teks : husnabakar

    Assalamualaikum dan salam ukhwah...


    Stok minyak ikan OMEGAGUARD dirumah saya memang tak pernah putus. Satu keluarga makan, mak saya makan untuk sakit lutut dan tekanan darah tinggi beliau, saya makan untuk kawal berat badan (bakar lemak) manakala anak-anak saya makan untuk pertahanan badan dan juga kecerdasan minda. Sebenarnya banyak lagi manfaat minyak ikan ni dan patut diamalkan oleh segenap lapisan umur. Jadi hari ni jom kita tengok sama-sama apalagi kebaikan minyak ikan.

    MANFAAT OMEGAGUARD
    1. Untuk kesihatan wanita
    2. Mengimbangi kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS
    3. Menjadikan kulit lebih licin dan kemerah-merahan.
    4. Cegah penyakit saluran darah dan strok
    5. DHA dan EPA boleh menentang trombosis
    6. Mengelak tekanan darah tinggi
    7. Mencegah kepekatan darah
    8. Melincirkan saluran darah
    9. Membantu peredaran darah yang lancar
    10. Sangat efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal
    11. Mencegah ketegangan di leher 
    12. Membantu masalah kerap sakit kepala
    13. Merendahkan kolesterol
    14. Menghindari pembekuan darah dalam badan
    15. Mengawal masalah obesiti
    16. Mencegah penyakit jantung
    17. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak, retina dan sistem saraf janin (untuk ibu hamil)
    18. Meningkatkan kecerdasan memori kanak-kanak
    19. Meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
    20. Mencegah penyakit Alzheimer
    21. Memelihara pendengaran
    22. Memelihara penglihatan
    23. Mencegah migraine
    24. Meningkatkan sistem imun (pertahanan tubuh)
    25. Meningkatkan kesihatan paru-paru
    26. Memperbaiki alahan kulit
    27. Membantu memulih psoriasis
    28. Menangai masalah demam hay
    29. Membantu pesakit bronkitis
    30. Membantu pesakit lelah
    31. Membantu masalah hepatitis
    32. Membantu pesakit SLE
    33. Membantu penyakit buah pinggang
    34. Menentang kanser (paru-paru, payudara, prostat dan kolon)
    35. Membantu meningkatkan enterogastritis
    36. Meransang kesihatan hati selepas pembedahan
    37. Membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif
    38. Mencegah insomnia
    39. Mengurangkan tekanan (Menstabilkan emosi)
    40. Membantu perkembangan kesihatan mental (kemurungan, kebimbangan)
    41. Sesuai untuk penghidap autisme dan kanak-kanak hiperaktif
    42. Memelihara fungsi sendi
    43. Mencegah arthritis
    44. Membantu pesakit gout dengan efektif 

    TESTIMONI OMEGAGUARD







    hmm, banyakkan manfaat minyak ikan ni. Saya semestinya memilih minyak ikan OMEGUARD keluaran Shaklee. Sebab?? InsyaALLAH di entri berikutnya saya akan kongsikan pulak kenapa minyak ikan OMEGAGUARD yang patut menjadi pilihan kita semua ya!!

    Kawan-kawan yang ingin dapatkan OMEGAGUARD dengan penjimatan terhebat, boleh hubungi husna ya ^-^

    call / whatsapp / sms / telegram 0194371301
    pm di FB : Husna Bakar

    Harga jimat, konsultansi percuma...insyaALLAH..

    21 Apr 2015

    DETOX HATI : DTX COMPLEX

    Teks : husnabakar

    Assalamualaikum dan selamat pagi....hari ni saya nak fokus tentang DETOX HATI... pernah dengar tak?? jarang-jarang kan??sebelum tu kita lihat apakah fungsi hati??

    Hati merupakan organ terbesar di dalam badan manusia. Hati mempunyai fungsi sebagai penapis atau 'filter' kepada segala jenis maknenek benda yang masuk ke badan kita- agent detox . Hati juga merupakan tempat berkumpulnya toksin-toksin serta merupakan antara organ yang paling penting dalam tubuh kita. Antara fungsi hati adalah merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak, mengawal paras gula dalam darah dan penting untuk metabolisma lemak. 

    Detox hati, antara yang sering diabaikan. Ramai yang mengabaikan kerana mereka kurang jelas atau mungkin ambil mudah tentang fungsi hati itu sendiri. Hati secara general adalah seperti tapis yang menadah semua toksin dalam badan. Setiap hari hati akan diserang oleh toksin melalui pemakanan dan persekitaran kita, jadi sangat sangat penting untuk kita cuci hati setiap hari, bagi memastikan ianya boleh terus bekerja dengan baik. Jadi jika kita nak mengamalkan sesuatu supplement, kita pastikan dulu hati kita dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Kita boleh membantu hati kita menjalankan tugas dengan cara detox hati terlebih dahulu. Bila hati kita sudah detox, sudah bersih, makan tugasnya lebih senang dan dapat menyerap apa jua supplement yang kita makan. Cuba kita bayangkan jika filter kita (hati) ini rosak atau bocor. Bayangkan segala toksin tu akan bersenang lenang masuk tanpa di 'filter' dan apa yang akan terjadi kepada kita nanti?. Salah satu aktiviti yang menyebabkan hati mudah rosak ialah tabiat merokok dan meminum minuman keras...produk Shaklee yang berfungsi sebagai agen DETOX HATI  ialah DTX COMPLEX.!




    SIAPA PERLUKAN DTX COMPLEX?

    • Mereka yang bekerja dalam persekitaran tercemar
    • Mereka yang bekerja dengan bahan tercemar
    • Mereka yang tinggal berhampiran dengan kilang.
    • Mereka yang ingin menyingkirkan toksin dalam badan
    • Mereka yang sering makan fast food, MSG, pewarna dan perasa tiruan
    • Mereka yang terdedah dengan sumber-sumber toksin. (Sumber Toksin)
    • Mereka yang menghidap masalah penyakit hati seperti HEPATITIS DAN SIROSIS

    • PERBEZAAN DTX COMPLEX SHAKLEE
    •  
    • Menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat
    • Mempertingkatkan cici-ciri aliran hempedu.
    • Membekalkan Antioksidan yang menyahtoksikkan hati
    • Melindungi dan meransang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat
    • Mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin selain daripada Ekstrak  Schizandra, ekstrak Dandelion, ekstrak Cendawan Reishi , ekstrak kunyit dan ekstrak Articok
    •  
    • Bukti Saintifik:
      • Extrak biji Benih Pokok Susu Tisel
        - Penyelidikan menunjukkan herba ini menyokong keupayaan badan untuk membuat protein yang membantu sel-sel hati tumbuh semula.
      • Silymarin
        - Ini kompleks bioflavonoid semulajadi dalam milk thistle mempunyai sifat antioksidan yang membantu mengekalkan integriti sel hati.
      • Chinensis Schizandra
        - Ini herba Cina mempunyai sifat antioksidan yang menyokong sintesis protein untuk membaiki sel hati. 
      • Dandelion- Dikenali lama dahulu sebagai "gigi singa," herba ini membantu mengekalkan aliran hempedu yang diperlukan untuk menghapuskan sebatian detoxified oleh hati
      • Cendawan Reishi
        - Sebuah loji Jepun sejak lebih daripada 4,000 tahun, cendawan ini terkenal dengan ciri-ciri antioksidannya

    KEBAIKAN DTX COMPLEX SHAKLEE
    • Extrak biji Benih Pokok Susu Tisel membantu membuat protein yang membantu sel-sel hati tumbuh semula
    • Mengandungi ramuan yang dapat membantu mengekalkan aliran hempedu
    • Menawarkan bahan-bahan botani untuk melindungi sel-sel hati
    • Membantu badan mengeluarkan toksin

    PERHATIAN
    • DTX Complex boleh diambil selepas makan malam
    • Tidak disarankan untuk wanita mengandung atau menyusu.
    • Bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, berunding dengan pakar kesihatan
    •  
    Sesiapa yang ingin dapatkan DTX COMPLEX ini dengan harga super duper jimat boleh hubungi husna ya!!
    0194371301 (call / sms / whatsapp / telegram) @ pm di FB : Husna Bakar
    Saya sedia membantu (',')
    Konsultansi percuma!!

    17 Apr 2015

    4 CARA SINGKIR TOKSIN DARI TUBUH

    Teks : husnabakar

    Bismillah...Assalamualaikum
    Hari ni saya nak kongsi tentang cara menyingkirkan toksin dari tubuh kita atau istilah popularnya adalah NYAHTOKSIN ATAU DETOX...



    Apa itu detox?

    Selalu orang menyebut DETOX atau dalam bahasa yang kita selalu sebut NYAHTOKSIN. Apakah maksud sebenar detox?


    Secara normal, setiap hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal

    Dari mana datang toksin?



    Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :


    • UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
    • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
    • UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
    • RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
    • MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
    • DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia
    •  
    • Tanda-tanda anda perlu detox
    • Masalah penghadaman
    • Sembelit
    • Sakit kepala
    • Jerawat
    • Penuaan pra-matang
    • Letih
    • Berat badan berlebihan
    • Insomnia
    •  
    •  Cara dan langkah-langkah detox

      Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
    • PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
    • DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kafein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sebagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke, cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
    • DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
    • DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
    • MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengan mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik

    Sukar mengamalkan perkara diatas dengan konsisten dan istiqamah?
       
    Detox dengan SHAKLEE!

    Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda
     Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh): Herba yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.
     DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati 

    Garlic (Detox darah) : diperbuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary dan spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh.


     Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semulajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb dan akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus dan melegakan sembelit
      


    Bila waktu terbaik detox?

    Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting, bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan jerawat - mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.

    Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini - jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukannya selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan.

    Walau bagaimanapun,singkirkan toksin dari tubuh anda sekarang. Kecuali anda masih sayangkan toksin-toksin tersebut. Toksin memberi kesan buruk kepada tubuh. Detox terbaik adalah dengan mengamalkan proses detox secara berterusan dan konsisten. Better now than later! 

    Jom berDETOX!!
    Ingin dapatkan vitamin detox di atas dengan super duper jimat??
    hubungi husna ya rakan Shaklee anda...0194371301.call / sms / whatsapp / telegram
    @ pm di FB: Husna Bakar
    konsultansi percuma dan terbaik!!

    6 Mar 2015

    Rahsia mama menawan dengan vitamin c

    teks : husnabakar

    Assalamualaikum

    Semalam saya ada dok belek-belek majalah Pa&Ma yang keluaran 2 tahun lepas, pastu ada satu tajuk yang membuatkan mata saya melekat.."Rahsia hot mama!!"..hihi...pastu baca la satu persatu dan salah satu rahsianya ialah AMBIL VITAMIN C!!.Alhamdulillah saya memang dok amalkan pun sekarang dan vitamin ni la saya paaaling suka!! sebab apa?? saya bebas resdung dan kulit pulak makin cantik.

    Ambil vitamin c sebanyak 1000mg sehari, boleh dari sumber buah-buahan @ sayuran segar @ yang paling mudah ialah dengan pengambilan supplemen vitamin c. Ya la, kita ambik buah @ sayur tak tentu lagi kandungan vitamin c cukup atau tak 1000mg tapi kalau dengan tablet vitamin c tu..insyaAllah dah tentu jumlahnya..satu tablet mengandungi 500mg vitamin c..

    KELEBIHAN SUSTAINED RELEASE VITA-C  PLUS

    Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

    Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.


    Di bawah ini disenaraikan sebab-sebab untuk kita jadikan vitamin C ini sebagai rutin harian:
    1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
    2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
    3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
    4. Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
    5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.
    Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan. Ini kerana ianya:
    1. Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
    2. Mencerahkan kulit.
    3. Melambatkan proses penuaan.
    4. Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
    Selain dari sudut kecantikan. vitamin C Shaklee jgua bagus untuk:
    1. Meningkatkan sistem imunisasi badan.
    2. Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
    3. Mengatasi masalah gusi berdarah.
    Menarik kan vitamin C Shaklee ini? Hah apalagi, marilah dapatkan sebotol. Sebotol ada 180biji, dan tahan untuk kegunaan enam bulan, boleh makan dan juga buat masker. memang berbaloi2.


    TESTIMONI VITA-C

    kulit licin & glowing dengan pengambilan vitamin c
    okey, nak cuba juga??
    nak jadi hot mama??
    nak jimat lebih??
    sms@whatsapp husna ya 0194371301
    kita sembang2 vitamin (',')


    Checklist soya yang selamat

    teks : husnabakar
    sumber : Master Farihah Abu Kassim

    Assalamualaikum...salam ukhwah

    sharing is caring...
    hari ni kita cerita tentang soya ya...ramai yang suka minum soya kan??




    Soya ada pelbagai jenis. Macam-macam jenis soya yang ada di pasaran. Ada dalam bentuk serbuk, kotak dan sebagainya. Adakah anda pernah mengambil berat soal soya ini? Adakah soya yang anda ambil selamat?
    YA, memang ada risikonya. Jom kita tengok checklist di bawah.. ADAKAH SOYA ANDA SELAMAT?
    Adakah kacang soya kegemaran anda…
    • Ditanam secara organik?
    • Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
    • Mengandungi 9 asid amino penting?
    • Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
    • Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
    • Diproses tanpa haba?
    • Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?
    Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.
    Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?

    KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

    KACANG SOYA GMO -  lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

    9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.

    KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.

    BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.

    KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!

    KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

    Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan? Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser yang disebabkan oleh soya.. seperti yang digembar-gemburkan.
    Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat..
    ada tak soya yang menepati ciri-ciri yang selamat dan menepati senarai selamat macam yang kat atas tadi???
    haa..insyaAllah ada..ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE..

      

    okey, nanti kita tengok apa istimewanya ESP ni ya..next entry insyaAllah..
    kawan2 yang nak sembang2 vitamin dengan saya jom sms@whatsapp@telegram 0194371301
    jangan malu jangan segan ya...
     

    2 Mar 2015

    Pengedar Shaklee Baling, Sik dan Kuala Ketil

    Assalamualaikum dan salam ukhwah..
    selamat pagi isnin..

    Hari ni husna nak umumkan sikit ya,,,
    Saya merupakan pengedar produk kesihatan & kecantikan Shaklee dengan no ID 1171235 bagi kawasan Baling, Sik dan Kuala Ketil khususnya...insyaAllah boleh COD tanpa sebarang kos penghantaran ya...
    dan juga pengedar Shaklee untuk seluruh Malaysia amnya...dengan kos penghantaran..tapi jika ada promosi insyaAllah kita bagi percuma juga ya kos penghantaran..
    Jom kawan-kawan yang nak sihat dan cantik secara selamat dan berkesan...kita sembang-sembang vitamin (',')...hubungi husna ya..jangan malu jangan segan..call@sms@whatsapp@telegram 0194371301..
    ok wassalam..

    SHAKLEE SENTIASA SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM

    E-KIOSK VITAMIN SIHAT Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign