28 Nov 2015

KHASIAT AIR KELAPA MUDA UNTUK IBU HAMIL

Teks : Husna bakar



Alhamdulillah sudah masuk kandungan trimester ketiga, tekak automatik jadi dahaga air kelapa @ ayaq nyoq selalu..hihi. Selalu beli yang sebiji harga dalam RM3.00 - RM3.50 ikut saiz, tanpa air gula dan masukkan ais ketul sikit sahaja. Ais kena juga sebab selalu beli waktu tengahari cuaca panas, ada ais baru segar sikit...kan??

Orang-orang tua selalu pesan ibu hamil yang rajin mengambil air kelapa terutama pada trimester ketiga kehamilan cecair ketuban akan menjadi lebih bersih dan bayi yang lahir nantinya akan mempunyai kulit kepala bersih, rambut lebat dan mata yang indah, betul tak???
Saya tak pasti tapi pengalaman anak yang dulu memang alhamdulillah tiada masalah kulit kepala berkerak semasa berpantang yang kebanyakan bayi baru lahir alami.

 Jadi hari ini jom kita tengok apa khasiat air kelapa muda untuk ibu hamil :

1. Air Kelapa Muda Kaya dengan Kandungan Elektrolit

Air kelapa muda kaya dengan kandungan kalsium, kalium, elektrolit, klorida, magnesium, riboflavin, dan juga sodium. Ia juga bertindak sebagai isotonik semulajadi yang kaya dengan mineral dan mempunyai elektrolit cecair yang sama dengan kandungan cecair di dalam tubuh. Dengan itu, air kelapa sangat berguna untuk mengelakkan dehidrasi dan sangat cepat untuk memulihkan stamina.

Kenapa ia baik untuk ibu hamil? Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain yang berada dalam keadaan normal. Dehidrasi selama kehamilan akan menyebabkan masalah kesihatan diantaranya sakit kepala, edema, kejang, bahkan dapat mengurangkan penguncupan yang mengakibatkan persalinan pramatang .

2. Mempunyai Diuretik Semulajadi

Air kelapa juga mengandungi kandungan diuretik yang steril dan semulajadi, air kelapa muda terbukti melancarkan proses pembuangan air kencing dan membantu membersihkan saluran kencing. Dengan meminum air kelapa muda ia dapat mengeluarkan racun yang dihasilkan tubuh dan mencegah jangkitan pada saluran kencing yang biasa berlaku pada ibu hamil.

3. Sebagai Anti Penyakit

Air kelapa muda mengandungi asam laurik, sejenis asid yang boleh membantu melawan pelbagai penyakit. Asid laurik yang terdapat dalam air kelapa sama dengan  dalam susu ibu dan mempunyai persamaan ciri-ciri sebagai antikulat, antibakteria dan antivirus, dan dapat menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus berbahaya seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia bahkan boleh mengelakkan bakteria dan klamidia heliokobater.

4. Membantu Pencernaan Semasa Mengandung

Air kelapa juga terbukti meningkatkan fungsi pencernaan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Selama kehamilan, plasenta akan menghasilkan jenis hormon yang disebut progesteron, yang boleh melambatkan dan penguncupan otot pencernaan dengan perlahan. Dan air kelapa terbukti dapat membantu meningkatkan kelajuan proses pencernaan.

5. Boleh Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandungi sedikit lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dan penyelidikan para saintis, air kelapa boleh meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam badan.

Jom para ibu hamil minum air kelapa muda!! Banyak khasiatnya kan?? Dah la sedap..hihi.


SEDANG MENCARI SET HAMIL & BERPANTANG YANG TERBAIK???
JOM SEMBANG-SEMBANG DENGAN K.HUSNA YA ^-^
SMS@WA 0194371301

1 comment:

  1. Gdax is one of the trusted and acknowledged digital wallet used for storage to keep it safe from getting stolen. Are you unsure which wallet Gdax uses? In order to clear your doubts, you can get in touch with the professionals by dialing Gdax Support Number 1-888-764-0492 which is available all the time. You can always look for the aid from the reliable team of experts who deliver all their energy in satisfying users and fixing their queries in microseconds.

    ReplyDelete

E-KIOSK VITAMIN SIHAT Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign