12 Apr 2014

TELEKUNG HOMEMADE

Assalamualaikum semua. Disini saya ingin memperkenalkan telekung solat homemade yang pastinya anggun & selesa. Apa keistimewaan telekung ni?
   
         1) Diperbuat daripada kain JC berkualiti. Tidak  
             melekap ditubuh seperti lycra
         2) Tidak panas
         3) Rekaan kepala yang kemas. Tidak perlu lagi pakai  
              anak telekung
         4) Tidak jarang. Dijahit dua lapis sehingga paras dada.
         5) Renda berkualiti dengan pelbagai pilihan warna 
             menarik. Dihias di kepala dan tepi telekung.
         6) Pinggang kain bergetah dan bertali. Boleh dilaras 
             ikut keselesaan. 
         7) Harga mampu milik. Pelaburan yang berbaloi demi               keselesaan beribadah!

TH02 PUTIH
TH01 HIJAU
TH01 HIJAU
TH03 PINK
TH03 PINK
TH04 BIRU


TH05 UNGU


                                                 DEWASA : RM90
                                    KANAK-KANAK : RM60

Cantik tak? yang pastinya memang kemas dan selesa. Anda harus memilikinya sekarang !. Telekung ini juga sangat sesuai dijadikan hadiah untuk seseorang yang istimewa dalam hidup anda ! Jadikan sebagai hadiah hari lahir ibu @ isteri @anak perempuan anda dan juga sesuai sebagai hadiah hantaran pertunangan.
Jom milikinya sekarang, tel@sms@whatsapp ke 0194371301

'wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap memasuki masjid, makan dan minumlah tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan'  Surah Al-a'raf ayat 31

30 Mar 2014

Petua alat memasak tak rosak

Teks : husna bakar
Sumber : harian metro

Memiliki dapur dengan peralatan memasak yang lengkap tentunya menjadi idaman setiap wanita yang bergelar ibu di rumah. Tidak kira diperbuat daripada kayu, plastik mahu pun aluminium, peralatan dapur itu perlu dijaga dengan teliti bagi memanjangkan tempoh penggunaannya.
Ini kerana sisa kotoran, lemak atau lebihan makanan yang tertinggal dan tidak dicuci bersih boleh merosakkan peralatan berkenaan. Sisa bahan masakan yang melekat pada peralatan dapur juga boleh menjadi sarang kepada pembiakan bakteria atau kulat dan dikhuatiri ia boleh menyebabkan berlakunya keracunan makanan.
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh diikuti supaya peralatan dapur sentiasa bersih dan baru !

1. Peralatan dapur ­berasaskan kayu
Peralatan seperti senduk sup dan alatan menumis biasanya diperbuat daripada kayu. Untuk memastikan peralatan daripada kayu tahan lebih lama atau bebas daripada sisa potongan daging, anda boleh menyapukan dengan beberapa titik minyak sebelum digunakan.

Bagi mengelak peralatan berkenaan daripada berbau makanan, rendamkan ia seketika dengan air yang mengandungi campuran sedikit cuka.

Sebaik saja selesai menggunakan peralatan berkenaan, segera bersihkan permukaannya dengan sabun dan kemudian bilas di bawah air mengalir. Seeloknya, biarkan ia kering sebelum menyimpannya.


2. Peralatan dapur berasakan plastik

Peralatan dapur yang diperbuat daripada plastik seperti pinggan untuk kanak-kanak paling mudah berminyak dan susah untuk dibersihkan.

Ada yang menggunakan petua merendam seketika dalam air campuran serbuk penaik dan ada juga menggunakan limau nipis sebagai bahan pencuci sampingan.

Namun, bagi memudahkan ia dibersihkan, peralatan plastik juga elok jika direndam dengan air yang dicampur sedikit serbuk penaik.

Rendam selama 10 minit dan cuci menggunakan sabun serta span yang lembut. Kemudian bilas dengan air bersih dan pasti hasilnya membuat anda tersenyum.


3. Peralatan dapur ­berasaskan aluminium

Jika peralatan dapur aluminium anda sudah bertukar hitam, cara terbaik untuk mencucinya adalah menggunakan air dan krim tartar.

Jerang satu liter hingga mendidih dan campurkan sedikit krim tartar.

Kemudian, masukkan peralatan aluminium berkenaan selama 10 minit sebelum menggosok dan mencucinya seperti biasa.

Bagi memastikan keadaan luarannya kekal cantik tanpa sebarang cela, segera keringkan air setiap kali selepas mencuci.

Ini kerana air yang tidak dikeringkan dengan sempurna akan meruap pada permukaan peralatan dan kemudian meninggalkan kesan yang tidak diingini.


E-KIOSK VITAMIN SIHAT Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign